Tuesday, August 4, 2009

Nikmat Menjadi Ibu


Ungkapan " Syurga di bawah telapak kaki Ibu ", cukup mengambarkan betapa istimewanya menjadi seorang wanita yang bergelar ibu. Walaupun tugas dan tanggungjawab yang dipikul amat berat, ia tidak seharusnya menimbulkan keluh kesah kepada Ibu.

Sebenarnya jika anda tahu apa yang bakal anda perolehi sebelum dan semasa bergelar ibu, anda tentu ingin menjadi ibu untuk selama-lamanya. Mari kita sama-sam berkongsi himpunan dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W tentang KEISTIMEWAAN IBU.


  1. Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

  2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang-orang yang berjihad kepada jalan Allah.

  3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  4. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan dia satu kebajikan.

  5. Apabila semalaman sibuk tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membinan agama Allah

Apa yang tercatat di sini adalah sebahagian kecil dari keistimewaan seorang ibu disisi Allah. Kalau kupu-kupu pun tahu meletakkan telurnya di bawah daun supaya musuh tidak memusnahkannya, anda sebagai ibu betapalah lagi patut kasih dan cinta terhadap bayi-bayi anda sendiri, yang dilahirkan dengan segala derita dan susah payah.

4 comments:

maszmadi said...

Wah!!! tomei nyer gambar baby....
bape dah umur diorg?
bestnyer.... geram.....
rase nak cubit2 jerk pipi diorg....

MaR said...

Umur? Jangan risau kalau nak buat menantu dah boleh dah hantaran abang RM 20 K aje 2 blm campur set brg kemas utk mama dia serba baring.. adik pulak hantaran double skt dr abg... cam ner ok x.. hee..he.he..

maszmadi said...

ooo yer ker???
Aik!!!!!!!!!!! yg abang tu jantina pompuan kerk?? apsal kena ader antaran laks? kna langkah bndul mama dia laks ker??
Ala.......... bru jerk nak msuk dlm listing.
kalu cam2, x jd arr...
cri dlm blog lain arr...
harhar

aLynN said...

hmm, suke arr tgk pic nih..
kiut sgt..dua2 kiutt..